Video  | Dunia

4 anggota polis antara 6 disabit kesalahan rogol budak 8 tahun

Mahkamah di India mensabitkan enam lelaki termasuk empat pegawai polis dengan kes rogol dan pembunuhan seorang gadis beragama Islam berusia lapan tahun di Kashmir. Menurut Peguam kes berkenaan, tiga daripada tertuduh didapati bersalah kerana menculik, merogol dan membunuh. Manakala tiga lain didapati bersalah kerana menghapuskan bahan bukti.