Tutup

Video  | Dunia

4 maut akibat keganasan berhubung posting di Facebook

Sekurang-kurangnya empat maut dan puluhan lagi cedera apabila pegawai keselamatan di selatan Bangladesh melepaskan tembakan bagi meleraikan protes oleh penganut agama Islam berhubung satu posting di Facebook yang mengutuk Nabi Muhammad SAW. Keganasan itu berlaku di bandar Borhanuddin di daerah Bhola apabila penunjuk perasaan menggesa hukuman ke atas seorang lelaki penganut Hindu yang didakwa bertanggungjawab membuat komen di laman Facebook itu.