Video  | Dunia

45 maut cuaca panas di India

Cuaca panas melampau mengakibatkan 45 orang maut dalam tempoh 24 jam di Bihar, India ketika negara itu mencatatkan kadar suhu tinggi yang memasuki minggu ketiga. Pegawai Kanan Kesihatan, Vijay Kumar berkata beberapa kematian dilaporkan berlaku di tiga daerah miskin di utara negara, apabila suhu meningkat sehingga 45 darjah selsius, sejak kebelakangan ini.