Video  | Dunia

Abhisit letak jawatan pemimpin Demokrat

Abhisit Vejjajiva meletak jawatan sebagai pemimpin parti Demokrat selepas partinya gagal mencapai sasaran 100 kerusi pada keputusan awal pilihan raya umum Thailand, pada Ahad. Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan suruhanjaya pilihan raya negara tersebut, parti tertua Thailand itu kini berada di tempat keempat dengan hanya lebih 3 juta undi.