Video  | Dunia

Airbus umum henti pengeluaran model Superjumbo A380

Syarikat pembuatan kapal terbang airbus umum akan menghentikan keluaran model Superjumbo mereka A380 pada 2021 selepas ia sukar dijual. Airbus pada Khamis berkata, syarikat penerbangan Emirates membatalkan hasrat untuk membeli kapal terbang penumpang terbesar dunia itu menyebabkan Airbus tidak mampu mengekalkan pengeluaran.