Video  | Dunia

Akhiri konflik, iktiraf Palestin

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berkata ancaman keganasan dihadapi dunia tidak akan berakhir kecuali akar kepada permasalahan itu ditemui dan dihapuskan. Beliau melihat penyelesaian terhadap krisis itu adalah dengan dunia mengiktiraf Palestin dan pada masa sama menghentikan tindakan Israel daripada mencabuli undang-undang antarabangsa. Sudah bersedia di talian bagi mengupas lebih lanjut ucapan PM dan perkaitannya dengan isu Palestin, Zairul Shahfuddin, Pengarah Islamic Relief Malaysia.