Tutup

Video  | Dunia

Anggota keselamatan PNG merusuh di Parlimen

Sekumpulan anggota keselamatan Papua New Guinea menyerbu Parlimen, pada Selasa, untuk menuntut gaji tidak dibayar. Ini berlaku beberapa hari selepas pemimpin dunia menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-26 di negara kepulauan miskin itu.