Tutup

Video  | Dunia

Arab Saudi buka konsulat di Baghdad, Iraq

Menteri Perdagangan dan Pelaburan Arab Saudi, Majid A-Qasabi, yang sedang dalam lawatan ke Iraq, pada Rabu umumkan negaranya akan membuka satu konsulat baharu di Baghdad. Dalam satu sidang akhbar bersama dengan Menteri Minyak Iraq Thamir Al-Ghadhban, Al-Qasabi memaklumkan pemberita bahawa satu konsulat Arab Saudi akan dibuka di Baghdad, dan tiga konsulat lain dibuka di Iraq.