Video  | Dunia

AWANI Global: Kembalikan kehebatan Marawi

Marawi merupakan bandar Islam paling signifikan di Kepulauan Mindanao, Filipina. Genap dua tahun perang saudara yang tercetus pada 2017, ada lebih 100,000 pelarian masih berlindung di khemah penempatan sementara dan juga rumah saudara mara. AWANI Global Khas kali ini menelusuri usaha pembangunan semula dan kehidupan orang muda Marawi dalam usaha mengembalikan kehebatan bandar ini yang sentiasa jadi rujukan ilmuan Islam di seluruh Filipina.