Tutup

Video  | Dunia

#AWANIByte: Juruterbang lakukan pendaratan cemas di ladang jagung, 233 nyawa terselamat

Seorang juruterbang Rusia diangkat sebagai wira selepas berjaya menyelamatkan nyawa 230 penumpang selepas pesawat yang dikendalikannya merempuh sekumpulan burung camar dalam kejadian di Moscow pada Khamis. Pesawat Ural Airlines Airbus 321 itu, yang berlepas dari Lapangan Terbang Zhukovsky di Moscow dalam perjalanan menuju ke Crimea, bagaimanapun sempat melakukan pendaratan cemas di sebuah ladang jagung.