Operasi mencari dan menyelamat kapal kargo dengan 33 anak kapal diteruskan di Bahamas selepas ia dilaporkan hilang susulan ribut taufan Joaquin. Menurut pihak berkuasa, kapal El-Faro itu dilaporkan kali terakhir dilihat berada 15 darjah berdekatan Pulau Crooked, salah sebuah pulau yang terjejas teruk dilanda ribut taufan itu.