Video  | Dunia

Bandar purba Babylon kini diisytihar Tapak Warisan Dunia UNESCO

Bandar Mesopotamia Purba Babylon di Iraq kini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pengumuman itu disambut gembira oleh seluruh warga Iraq. Undian untuk meletakkan tapak sejarah itu sebagai salah satu warisan dunia akhirnya diterima selepas gesaan demi gesaan dibuat kerajaan Iraq kepada UNESCO.