Video  | Dunia

Bank Pelaburan Eropah tarik semula pinjaman kepada Volkswagen

Ini pula susulan skandal penipuan melibatkan pengeluar kereta Jerman, Volkswagen. Bank Pelaburan Eropah (EIB) berkemungkinan membatalkan pinjaman yang diberikan kepada Volkswagen. Presiden EIB, Werner Hoyer memaklumkan bank berkenaan memberi pinjaman kepada pengeluar kenderaan itu bagi pembangunan enjin berkarbon rendah.