Video  | Dunia

Bekas PM dipilih Speaker Thailand yang baharu

Bekas Perdana Menteri Chuan Leekpai dari Demokrat dipilih sebagai Speaker Parlimen Thailand yang baharu. Media tempatan melaporkan bahawa pencalonan Chuan adalah sebahagian daripada persetujuan bagi membolehkan parti tertua di Thailand untuk menyertai Parti Palang Pracharat (PPRP) yang pro Junta untuk membentuk gabungan.