Video  | Dunia

Beruang jadi tetamu hotel

Bayangkan anda sedang berehat di hotel tetiba menerima tetamu yang tidak diundang. Apa yang anda nak buat. Itu yang berlaku di sebuah hotel terkemuka di Colorado Amerika Syarikat Hotel yang menjadi insipirasi kepada penulis terkemuka Stephen King untuk menulis novel "The Shinning" dikunjungi seekor beruang hitam. Mujurlah kejadian itu berlaku tengah malam ketika kesemua 300 tetamunya sedang beada di bilik masing-masing. Selepas berlegar-legar di lobi hotel yang dibuka pada 1909 itu, beruang berkenaan keluar tanpa berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Video kehadiran beruang berkenaan tular di media-media sosial.