Tutup

Video  | Dunia

Budak 2 tahun patah tulang pipi diserang harimau di taman safari

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun cedera parah selepas diterkam seekor harimau bintang di sebuah taman safari di Thailand, pada Isnin. Kanak-kanak yang dikenali sebagai Orr Burns dan keluarganya melawat taman safari Koh Samui di Thailand untuk mengambil gambar kenangan percutian di situ. Kejadian dipercayai berlaku selepas datuk kepada Burns melakukan kesilapan dengan membuka pintu pagar haiwan berkenaan.