Video  | Dunia

Budak lelaki pakai baju plastik Messi jadi buruan penjenayah Taliban

Murtaza Ahmadi, budak lelaki yang menjadi terkenal selepas gambarnya tular memakai baju plastik Lionel Messi, kini terpaksa melarikan diri bersama keluarga kerana diugut Taliban. Ibunya Shafiqa Ahmedi berkata, bulan lalu ketika Taliban melancarkan serangan ke rumah mereka di Joguri Wilayah Ghazni, mereka melarikan diri ke rumah saudara mara di Bamiyan. Namun malangnya, ugutan itu berterusan.