Video  | Dunia

Dua maut dalam nahas helikopter terhempas

Dua orang disahkan maut manakala seorang lagi dilaporkan cedera selepas sebuah helikopter yang digunakan untuk tujuan perubatan terhempas di Lapangan Terbang Serantau Brainerd di Minnesota. Hospital North Memorial berkata mereka yang terkorban dalam nahas itu adalah seorang jururawat dan juruterbang helikopter serta seorang anak kapal cedera.