Video  | Dunia

FAA, boeing kaji keperluan perubahan kepada perisian 737-MAX

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat, FAA dan Boeing sedang mengkaji keperluan melakukan perubahan kepada perisian dan reka bentuk pesawat 737-MAX susulan nahas Lion Air di Indonesia, yang meragut 189 nyawa penumpang dan krew bulan lalu. FAA juga akan mencadangkan supaya prosedur operasi dan latihan pesawat 737-MAX ditukar selepas lebih banyak kelemahan kepada sistem itu didedahkan oleh pasukan penyiasat nahas Lion Air.