Tutup

Video  | Dunia

Gempar! budak kecil turun dari trak dan serah diri kepada polis bersenjata

Satu rakaman video menjadi tular apabila memaparkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun tiba-tiba muncul dari sebuah trak seraya mengangkat kedua-dua belah tangannya seolah-olah menyerah diri selepas dipercayai diacukan rifel oleh anggota polis. Kejadian berlaku di Tallahassee, Amerika Syarikat pada Khamis dan rakaman diambil daripada telefon bimbit seorang saksi yang berada di tempat kejadian.