Video  |  Dunia

'Great Women' gabung perusahaan kreatif wanita ASEAN

Gerakan Great Women yang dimulakan di Filipina bagi membantu ekonomi golongan wanita miskin dan luar bandar kini melebarkan sayap mereka merentasi Asia Tenggara. Salah seorang pengasasnya, Jeanine E. Javelosa, berkata Great Women bakal membuat kemunculan pertamanya sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN ke 29 di Manila, Filipina, tahun hadapan.