Tutup

Video  | Dunia

Haiwan misteri timbulkan kekecohan penduduk setempat

Bangkai haiwan misteri ditemui di pesisir pantai di semenanjung Kamchatka, sebuah perkampungan di Pakhachi, Rusia. Bangkai haiwan berbulu sebesar ikan jerung itu ditemui terdampar dan menimbulkan kekecohan penduduk setempat. Saksi yang menemui haiwan pelik itu berkata penduduk setempat telah cuba untuk mengalihkan bangkai itu namun gagal kerana terlalu berat. Ramai juga beranggapan bahawa bangkai tersebut merupakan spesis haiwan purba namun pihak saintis menyangkal dakwaan tersebut. Sehingga kini bangkai tersebut belum dapat dikenal pasti spesis asalnya dan kajian terperinci sedang dilakukan oleh saintis di Rusia.