Video  | Dunia

Halaman Masjid Al-Aqsa terbakar

Tatkala seluruh dunia tertumpu kepada insiden kebakaran di Gereja Notre Dame di Perancis, ini satu berita yang menyedihkan buat umat Islam yang mana satu kebakaran berlaku di halaman Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis, pada Selasa. Rakaman video menunjukkan asap dan api keluar dari atap struktur dikenal pasti sebagai Bilik Solat Marwani kini berlegar di media sosial.