Video  | Dunia

Hampir 87 peratus keluar mengundi awal PRU Thailand

Sebanyak 86.98 peratus daripada jumlah keseluruhan 2.6 juta pengundi awal yang berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Thailand, Ahad. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand, Itthi-Porn Boon-Pra-Kong, berkata kesemua 380 buah pusat mengundi di seluruh negara itu merekodkan kehadiran lebih 90 peratus bilangan pengundi pada 17 Mac lalu.