Tutup

Video  | Dunia

Hillary Clinton pilihan terbaik parti Demokrat

Kepada Penganalisis Antarabangsa, Yusmadi Yusuff, pencalonan Hillary Clinton untuk jawatan presiden bagi parti Demokrat menyerlahkan kekuatan peribadi dan susur galur sejarah serta perjalanan politiknya. Menurut beliau, kekuatannya merangkumi pernah menjadi wanita pertama Amerika Syarikat dan senator sekali gus berjaya mengumpul ramai penyokong. Lebih daripada itu, beliau lantang bersuara terutamanya dalam isu membabitkan pendatang, hak asasi dan kewanitaan serta soal kanak-kanak.