Video  | Dunia

Hujan lebat di Jepun, lebih sejuta penduduk diarah berpindah

Jepun mengarahkan lebih sejuta penduduk di Pulau Kyushu mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan dan kawasan selamat, berikutan hujan lebat menyebabkan lebih banyak kejadian tanah runtuh. Beberapa bahagian di selatan Kyushu menerima sehingga 1,000 milimeter hujan sejak Jumaat lalu, menyamai taburan hujan selama sepanjang julai.