Video  | Dunia

Ibu leka main telefon tidak sedar anak lemas

Dunia viral dimulakan dengan sikap cuai seorang ibu yang terlalu leka bermain telefon bimbit sehingga tidak sedar anaknya lemas di kolam. Video ini tular di laman media sosial dan mengundang pelbagai reaksi. Kejadian dilaporkan berlaku di Fuzhou, Fujian di China dan rakaman kejadian diperoleh daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV).. Wanita tersebut pada mulanya meletakkan anaknya dengan sokongan pelampung dalam kolam buatan di premis yang tidak dinamakan. Selain anaknya terdapat seorang lagi kanak-kanak yang berada dalam kolam sama. Anaknya itu kemudian terbalik dari pelampung tersebut sebelum lemas selama 90 saat tanpa disedari wanita itu. Hanya selepas 90 saat wanita itu menyedari anaknya lemas dan bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Bayi lelaki tersebut kini berada dalam keadaan koma dan ibunya kini disiasat polis.