Video  | Dunia

India - Pakistan kembali tegang korbankan tujuh nyawa

Ketegangan antara India dan Pakistan kembali memuncak, selepas tentera kedua-dua negara berbalas tembakan pada Sabtu sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh nyawa di sempadan Kashmir. Seteru kuasa nuklear itu melepaskan tembakan mortar dan meriam ke arah satu sama lain walaupun selepas juruterbang India yang pesawatnya ditembak Pakistan dihantar pulang.