Video  | Dunia

Indonesia ambil langkah sistematik atasi masalah jerebu

Kerajaan Indonesia beri jaminan bahawa masalah pencemaran jerebu merentas sempadan akan berakhir menjelang tahun 2020 berikutan tindakan sistematik diambil oleh pihak berkuasa negara tersebut. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Indonesia telah menandatangani persetujuan pelan hala tuju untuk menjadikan rantau ASEAN bebas jerebu menjelang 2020.