Tutup

Video  | Dunia

Infrastruktur kandang bukan punca harimau serang penjaga Zoo Topeka

Pihak berkuasa Amerika Syarikat sedang menyiasat protokol pengendalian haiwan di negara itu, selepas insiden serangan seekor Harimau Sumatera yang mencederakan seorang penjaga zoo Kansas ketika membersihkan kandang haiwan itu. Pengarah Zoo Topeka, Brendan Wiley berkata serangan terhadap penjaga zoo wanita, Kristyn Haydenortega itu bukanlah disebabkan keadaan kandang tersebut.