Video  | Dunia

Isaac Hou selesa melakukan persembahan jalanan

Isaac Hou adalah seorang artis jalanan yang sangat popular di Taipei. Biarpun telah berkali-kali di jemput menghiasi persembahan di kaca tv dan media sosial, Hou yang berusia 37 tahun tetap memilih untuk berada di jalanan. Persembahan akrobatiknya, unik. Keunikannya apabila dia mencantum beberapa seni pertahanan diri antarabangsa dalam persembahannya. Tidak hanya yang popular di Asia seperti Kung Fu dan Taichi, malah Hou membuat kombinasi dengan sini tarian Capoeira, Balet, Jazz dan Tango. Jelas Hou, berada di jalanan dan menghiburkan mereka yang lalu lalang memberikan dia kebebasan. Untuk rekod, bagi menghasilkan persembahan seumpama, Hou telah menjelajah ke beberapa negara Eropah termasuk Denmark dan Rusia.