Tutup

Video  | Dunia

Jambatan laut terpanjang di dunia dibuka

Ini merupakan projek yang merangkumi pembinaan jambatan dan terowong yang menghubungkan Pulau Lantau di Hong Kong dengan Kota Zhuhai, selatan tanah besar China, dan Wilayah Perjudian Macau, di seberang perairan Pearl River Delta. Jambatan ini mula dirancang dibuka pada Oktober 2016 namun ia hanya berjaya disiapkan sepenuhnya pada 14 November 2017. Ia dijadual dibuka secara rasmi kepada pengguna pada 24 Oktober ini dan jarak keseluruhannya ialah 55 kilometer serta tempoh tujuh tahun diambil bagi menyiapkan jambatan ini. Antara kelebihan jambatan ini semestinya memendekkan tempoh dan jarak perjalanan umpamanya dari Hong Kong ke Zhuhai selepas ini hanya makan masa 30 minit berbanding tiga jam pada ketika ini. Ia turut merangkumi empat terowong bawah tanah dan satu terowong di bawah laut. Dilaporkan juga jumlah besi yang diperlukan untuk membina keseluruhan jambatan ini adalah 420,000 tan keluli bersamaan dengan membina 60 buah menara Eiffel di Paris, Perancis. Antara lain, ia akan mencantas kedudukan jambatan Lake Pontchartrain Causeway di Amerika Syarikat dengan kepanjangan 38.44 kilometer yang kini menduduki kedudukan pertama sebagai jambatan paling panjang di dunia.