Video  | Dunia

Jokowi seru masyarakat bersatu selepas Pilihan Raya Presiden

Presiden Jokowi Widodo menyeru masyarakat Indonesia untuk bersatu semula sebagai keluarga pasca Pilihan Raya Presiden Indonesia 2019 yang mempertemukan semula beliau dan pesaing lamanya Prabowo Subianto. Bercakap di hadapan penyokongnya dan media di Jakarta, Jokowi turut menggesa kesemua parti dan anggota bersabar menunggu keputusan rasmi daripada suruhanjaya pilihanraya walaupun kiraan pantas menunjukkan beliau kini sedang mendahului.