Video  | Dunia

Jokowi terima ucapan tahniah

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghubungi pemimpin Indonesia, Jokowi semalam bagi menyampaikan ucapan tahniah di atas kejayaan perjalanan Pemilihan Umum (Pemilu) 2019. Jokowi berkata, Dr Mahathir menelefon beliau secara peribadi bagi menyampaikan ucapan berkenaan. Selain Dr Mahathir, Jokowi juga memberitahu, beliau menerima panggilan yang sama daripada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Leong dan Perdana Menteri Turki, Reccep Erdogan.