Tutup

Video  | Dunia

Juruterbang jet pejuang wanita pertama Jepun

Seorang wanita dari Jepun mencipta sejarah apabila dinamakan sebagai juruterbang jet pejuang wanita pertama dari negara matahari terbit itu. Leftenan Misa Matsushima , 26 tahun memulakan kerjayanya sebagai juruterbang pada Jumaat selepas menamatkan sesi latihan menerbangkan jet pejuang F-15. Pelantikan matsushima itu sekaligus merintis peluang bagi lebih ramai wanita Jepun untuk menceburi kerjaya elit itu. Ia juga sekaligus memecah tradisi yang sebelum ini didominasi oleh juruterbang lelaki. Tentera Udara Jepun mula mengambil anggota tentera wanita sejak 1993 bagi semua keanggotaaan kecuali sebagai juruterbang jet pejuang dan jet pemantau. Bagaimanapun, sekatan itu ditarik pada penghujung 2015.