Tutup

Video  | Dunia

Kapal hantu misteri muncul selepas sembilan tahun hilang

Ini pula berita yang cukup mengejutkan mengenai penemuan sebuah 'kapal hantu' yang muncul di Lautan Hindi selepas sembilan tahun hilang di Lautan Pasifik. Kapal misteri itu ditemui nelayan Myanmar di sebelas kilometer dari Teluk Martaban pada minggu lepas. Sewaktu ditemui pada 30 Ogos lalu, kapal dengan bendera Indonesia bernama Sam Ratulangi PB1600 itu tidak berpenghuni. Menerusi laporan Marinetime, Laman Web pengesanan kapal, melaporkan lokasi terakhir dilihat di Perairan Taiwan pada 2009 sebelum terputus hubungan semasa belayar keluar dari negara tersebut. Kapal tersbeut dipercayai ditunda kapal lain berdasarkan penemuan dua kabel di bahagian kepala kapal tersebut. Manakala anak kapal dan kru bertugas menaiki kapal lain akibat cuaca buruk. Susulan itu siasatan dijalankan dan akhirnya pihak berkuasa Myanmar, menemui sebuah kapal tunda lain kira-kira 50 kilometer dari pantai Myanmar. Misteri kapal hantu akhirnya terjawab apabila ia terlebih dahulu ditunda oleh pada 13 Ogos lalu menuju ke sebuah kilang di Bangladesh.