Video  | Dunia

Kawalan keselamatan di Australia ditingkatkan sempena Hari Raya

Kawalan keselamatan di Australia ditingkatkan sempena sambutan perayaan Hari Raya bagi memastikan tidak berlakunya insiden yang tidak diingini. Konsul Jeneral Malaysia ke Melbourne, Australia, Mazita Marzuki memaklumkan tahap keselamatan diutamakan oleh pihak berkuasa Australia, terutamanya selepas insiden serangan di dua buah masjid di daerah Christchurch, New Zealand pada Mac lalu.