Video  | Dunia

Kebakaran Gereja Notre Dame kerana litar pintas

Kebakaran bangunan bersejarah Notre Dame yang berusia 850 tahun selasa lepas dipercayai berpunca daripada litar pintas. Daily Mail yang memetik seorang Pegawai Penyiasat Perancis sebagai berkata, berdasarkan siasatan awal, pasukan keselamatan percaya, kebakaran itu berpunca daripada litar pintas yang menyebabkan api merebak dengan pantas.