Video  | Dunia

Kedutaan Amerika Syarikat di Indonesia keluar amaran keselamatan

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jakarta keluarkan amaran keselamatan kepada rakyatnya sebelum pengumuman rasmi keputusan Pilihan Raya pada Rabu depan. Hal ini juga didorong oleh insiden penahanan 30 militan termasuk beberapa suspek yang mempunyai keupayaan melancarkan serangan bom dengan menggunakan rangkaian wi-fi.