Video  | Dunia

Kemusnahan besar akibat banjir kilat

Banjir kilat yang melanda kawasan sekitar Finger Lake di New York menjadi perhatian dunia selepas kesannya amat dahsyat. Menerusi video yang tular, air deras yang mengalir menyebabkan kemusnahan jambatan, serta struktur bangunan sekitar. Dari visual ini, dapat dilihat bahawa aliran deras banjir mengancam penduduk berdekatan Montour Falls. Lebih buruk, beberapa bandar kecil tenggelam sepenuhnya memaksa pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan kawasan seperti Seneca County diisytiharkan sebagai darurat. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.