Video  | Dunia

Kepulangan Siti Aisyah disambut dengan air mata

Setelah dua tahun berada dalam tahanan di Malaysia, kepulangan Siti Aisyah disambut dengan linangan air mata oleh ahli keluarga di Jakarta, Indonesia. Siti Aisyah dilepas tanpa dibebaskan semalam dan dibenarkan pulang ke kampung halaman susulan keputusan Hakim Datuk Azmi Ariffin selepas Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad, memberitahu mahkamah pihak pendakwaan menerima arahan untuk menarik semula pertuduhan terhadap Siti Aisyah mengikut Seksyen 254(1) Kanun Acara Jenayah.