Video  | Dunia

Ketegangan di Sri Lanka meningkat, seorang terbunuh

Seorang dilaporkan terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam serangan terhadap komuniti Islam di barat laut Sri Lanka, pada Selasa. Menurut seorang menteri dan Ketua Kongres Muslim Sri Lanka Rauff Hakeem seorang lelaki beragama Islam dipukul sehingga meninggal dunia oleh etnik Sinhalese majoriti Buddha di negara itu.