Video  | Dunia

Lebih 7 juta kanak-kanak Yemen berdepan kebuluran

Lebih 7 juta kanak-kanak Yemen berdepan ancaman kebuluran menurut laporan antarabangsa. Menurut Pengarah Serantau Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Greet Cappelaere, sebanyak 1.8 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun berdepan masalah kekurangan zat makanan yang buruk manakala 400,000 orang terjejas dengan kekurangan zat tersebut.