Seorang lelaki warga Belanda ditahan pihak berkuasa Thailand selepas didakwa meliwat beberapa kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun ke bawah. Memetik laporan Bangkok Post, Reinold Klunder, 51 tahun ditahan di rumahnya di Hua Hin bersama seorang kanak-kanak berusia 10 tahun.