Video  | Dunia

Lelaki Korea Selatan bunuh diri depan kedutaan Jepun

Seorang rakyat Korea Selatan maut selepas membakar diri di hadapan kedutaan Jepun di Seoul pada Jumaat, ketika pertikaian perdagangan dan diplomatik berlaku dengan Tokyo. Polis berkata, lelaki berusia 70-an itu mula menyalakan api di dalam kenderaan yang diletak di hadapan bangunan kedutaan dan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.