Video  | Dunia

Lelaki maut tikam diri selepas rempuh pelbagai kenderaan

Seorang lelaki Australia merempuh kereta peronda polis menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya di Sydney pada Jumaat. Selain itu, lelaki tersebut turut merampas trak pasar raya dan teksi, merempuh beberapa kenderaan lain serta mencederakan pejalan kaki sebelum membunuh dirinya sendiri di hadapan polis.