Tutup

Video  | Dunia

'Macam mana kalau Israel ambil alih Cambridge?'

Respect is earned, kata Tun Mahathir. Malaysia mengamalkan prinsip menghormati dua hala dan Israel jelas mencabuli hak kemanusiaan. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap sempena lawatannya ke Cambridge Union Society yang menjadi lokasi pertemuan persatuan debat paling tua di dunia. Cambridge Union Society merupakan antara medan terbaik dunia dalam forum pertukaran idea serta seni perdebatan umum sejak 1815. Tun Dr Mahathir berada di London dalam lawatan kerja selama tiga hari.