Video  | Dunia

Mahkamah arah pengganas White Supremacist jalani dua penilaian mental

Lelaki yang didakwa melancarkan serangan pengganas ke atas dua buah masjid di New Zealand bulan lepas telah dihadapkan ke sebuah mahkamah tinggi di Christchurch untuk perbicaraan. Brenton Tarrant, dari Australia, muncul menerusi pautan video penjara Paremoremo Auckland, yang merupakan penjara dengan tahap keselamatan tinggi di New Zealand.