Video  | Dunia

Malaysia-Filipina rai enam dekad persahabatan

Hubungan dua hala antara Malaysia dan Filipina akan terus diperkukuh dengan lawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke republik itu bermula esok yang bertemakan "Partners For Progress, Brothers For Peace". Lawatan selama tiga hari itu bakal membuka tirai pada Khamis dengan sambutan rasmi oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Istana Malacanang, Manila.