Video  | Dunia

'Masih ramai Melayu yang rajin'

Melayu malas hanya satu anggapan umum kerana Tun Mahathir percaya masih ramai bangsa Melayu yang rajin bekerja dan berusaha. Beliau berucap sempena lawatannya ke Cambridge Union Society yang menjadi lokasi pertemuan persatuan debat paling tua di dunia. Cambridge Union Society merupakan antara medan terbaik dunia dalam forum pertukaran idea serta seni perdebatan umum sejak 1815. Tun Dr Mahathir berada di London dalam lawatan kerja selama tiga hari.